Sunday, December 30, 2012
berakhir 2012 dengan dot.dot.dot
mak saya pesan:
"biar orang sayang kita, daripada kite yang terhegeh-hegeh, sayang kat dia boleh dipupuk, dibaja dan disemai" lepas tu jual..wooolllaaaa
"cari yang ada rupe, takdela nanti sakit dihati, sakit dimata" erkkk, klau disendiri pun tak semenggah gimana? takpe-takpe, percaya bahawa lelaki hensem suka pompuan tak bape cantik..wooohhhhhaaa
ehem2..final sedang bersiaran, sem ni 10 papers sahaja, kurang sikit dari sem lepas. Baru dosage design II yg dah selesai walaupun MCQ belum. Berbaki 9 papers. Semoga exam kali ni berjaya dengan cemerlang dan memberi kejayaan dan manfaat didunia dan akhirat. InshaaAllah..
Assalamualaikum
*xikut dah tarikh2 islam -[
Wednesday, December 12, 2012
12.12.2012
Nothing tu say.
Syok sendiri..haha klu bukan diri sndiri yg tgkap sape lg lerr yg nk ambik gmbo diri ini..kakahkah
Tuesday, December 11, 2012
belog
Konon nak kurangkan kutukan dan umpatan..cehh bajet kalau tulis tak mention nama tak dosa la kan kot..hahaha dibantai ada orang yang dikenali baca kompem tau sape yang dimaksudkan. Tapi saya yakin 120% hanya saya yang menulis dan saya juga lah pembacanya..walawala. kesiankan??
ermm..xperlu dikahsiani. Awak tahu tak, saya ni jenis yang tak boleh simpan perasaan, mahupun rahsia.hahaha sebab tu kadang-kadang saya rasa saya perlukan sesorg yang boleh memahami saya 150%, kiranya orang tu akan sentiasa menyokong saya. Paham bila dia diperlukan dan tahu bila dia patut takde.
Mungkin perasaan yang tak boleh dikongsikan dgn bende hidp ni muncul time tak duduk kat rumah. Kalau kat rumah mana sempat nak pikir bende-bende ni sume. Baik ngadap tv iye dok, klu stress pun. Tapi dok rumah mana stress. Stress pun sbb tak tau buat ape. Perasannye la, sejak duduk kat asrama masa form 4 dulu. Masa form 1 tak sempat nak rase sbb stay asrama tak sampai tiga hari.haha homesick tahap takleh nak cite, makan nangis, solat namgis, tido nangis, mandi namgis, gile cewek.
Bila dah meningkat dewasa ni..ecececehhh jumpa ramai orang, kawan ramai orang classmate pun ramai, dulu kat sekolah 23 kepala ja, skang 104 kepala!! tentulah banyak ragam. Ko nak wat hal sendiri ape kes kan. Haruslah bermingle2. Camne nak wat keje ye dok, kan kerjasama itu penting. Oleh itu, byk la perangai yang telah ku temui. Aku pun bukan baik sangat. Mulut pun kadang2 xde break. Jadi untuk tidak terbabas terlalu jauh. Aku pun create blog dgn niat untuk berkongsi rasa. Malangnya, hanya rasa marah dan sedih je akan ku coretkan. Sebab bile rasa gembira, mana la ada hati nak ngadap laptop. Haruslah enjoy, tgk cite ke? borak ngn member ke. Gembira la katekan. Kalau sedih mana ad orang nak layan. Ko je feeling2 sedih orang lain tak dpt nak rasa so feel tu macam tak ngam so, cmne nak ckp, ishh kire tak rase la kawan tu..pikir sendiri lerr Jadinye, banyak la entri2 dlm belog aku ni yang emo-emo, yg terkutuk secara diam..hahaha
Ape kejadah aku taip sume ni???emo lateww.. yela mana tau 10 tahun lagi, kok iye panjang umur la kan. Dok godek-godek kehidupan lampau. Awat la aku dulu kejenye nak kutuk org je. Hidup kosong, zero. Penuh dgn dosa. Ha!! Ambik ko..eh, nonono hidup i colourful okay. Enjoy, happy, kawan-kawan sume baik-baik. Cume kalau happy takde masa nak tulis, sbb sdg bahagia dgn kehepian itu..hahaha kire ketidak puasan hati i ni sikit la juga selari dgn jumlah entri, Eh, sikit lagi. sbb tak sume entri tak puas hati..nggee =] Lagi satu, berdasarkan pemerhatian. Bile nak dekat-dekat final mesti bertambah catatan. konon stress lateww. Baca tak tembus2 kepala otak..holaa
sekian. esok kuiz dd. =] moga-moga boleh jawab. Nak rasa la juga poniter atas 3 kan??
Sunday, December 9, 2012
oversea, kawen
eheheheemmm..patah balik cite asal. Tak ke rase macam riak, menunjuk-nunjuk. Heloooo, assalamualaikum, orang lain yang ada pakwe pun senyap ja..tp jarang la ada yang senyap skang. Kompem teriak punya la. Nampak macam jeles ke??? Hakikatnya tidak sama sekali..haha Mentang-mentang ko takde pakwe/tunang/laki, so ko tak berkenan orang lain dok cite pasal pakwe dorg. Oh, bukan itu niat ku. Disini inginku nasihatkan kepada diri sendiri, usahlah berbangga dengan ape yang kite ada dan secara tak langsung janganlah menunjuk-nunjuk. Nak riak pun dengn diri sendiri jela. 'oh, pakweku sangat suuuweettt', 'comel sangat2 anak mama'. Tak perlulah nak heboh sedunia...walaaaaweeeeiiiii
Point ke-kedua. Macam nak jawab long assay. Perihal academic.
errrkkk..harap-harap ini bukan dikatogerikan sebagai mengumpat.
sekian.maaf, sekadar peringatan untuk diri sendiri. tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yg sedang tidur.
Saturday, December 8, 2012
lagho
Kita ni selalu sangat mudah terpengaruh. Sedangkan kita ni sebenarnya berbeza dengan orang lain.
Ingat, awak tu kene berusaha lebih banyak dari orang lain. HOla, mananya nak kejar ilmu-ilmu yang terlepas pandang di awal sem dulu.
Okay-okep. Mula bangun pagi esok aku harus:
- Kurangkan fb. Nak deactivate tak boleh, sebab sekarang fb jadi medium penybaran maklumat kelas dan group. HOLa banyak benar group assignment sem ni. Kalau ikut sem-sem lepas dah deactivate nak dekat-dekat final ni =[
- Buka blog yang biasa baca ja. kaseh. mikha. hapa. Nak jugakss blog..ngee
- Sehari at least 1 subject 2 note.
- Assignment tinggal grouping ja sume. So kalau buat awal-awal pun macam sakit hati ja, members lain buat last minutes. Tetapi i ni kalau tak siap kerja tak tenang study.
Bajet sangatkan, tapi itulah hakikat oiii - Kalau terjaga malam mesti tahajjud.
- Petang tido paling lama 1jam.
- Doa lebih. Jangan laju ja tau.
- Dhuha. Dah tau banyak fadhilat tapi masih liat.
- Last but not least, paling lewat bangun jam 8 am OKAY!!!
skang pun xde la lewat sangat, plg lewat pun nak dekat jam 10..waaaa
Saturday, November 24, 2012
kawen
Walaupun pada ketika ini masih tiada calon dan masih mencari
tetapi pelbagai persoalan yang dah timbul dalam benak otak.
Bak kate kaunselor dulu peringkat umur awal 20an ni la peringkat
klimaks keinginan nak berumah tangga. Memang tidak disangkal
namun pengaruh rakan-rakan pun tidak kurang hebat. Skang ni
pun lebih 10 kengkawan yang dah kawen n nampak sweet sangat.
Bukan nak kate ape la kan, tapi kengkadang tu terpikir la juga tak
senang tau hidup sebagai seorang isteri. Dapat ku bayangkan
pagi kene bangun awal!!! masak, kemas, lipat baju, sidai kain, yang
tak tercapai dek akal ialah masak!! sebab skang ni pun kalau masak
takde sape nak makan..huhu sahih
jadi
Kesimpulannya, hargai la ibu anda. Bagaimana la, balik kerja, urus anak,
urus rumah, urus laki.
Macam mana kita ni, perempuan sang isteri nak manage duit bersama
kira gaji sang suami + isteri tapi tak nak nampak sangat yang isteri
ni mcm mata duitan.
Masa bila yang sesuai nak berbincang pasal future?
bile nak ada banglo sebiji, kereta sape yang nak bayar, kire aset-aset
yang nak digapai. kira plan masa depan. yela klu dah kawen or tunang
baru nak discuss tup tup tak sependapat, tak leh nak undo dah. klu before
bertunang macam tak over ke, takut kene reject plak aiihh nampak benor
keduniawiannya.. haha
ermmm..entah lerr, sekadar kemusykilan. Bagi saya pasal kewangan ini
sangat-sangat la penting. Sebab kerana duit ni la buat ramai orang tak
bahagia, makan hati, tergigit lidah bagai.
Sekian, wassalam
10.1.1434
Thursday, November 22, 2012
marah
Perasaan marah ni memang tak baik
dari segi kesihatan mahu pun keperibadian
dan keimanan.
Marah ni dapat menubah sesorang daripada
orang yang sangat baik kepada makhluk
yang tidak dikenali.
Berbalik pada diri sendiri.
Pada usia ini, tahap kemarahan itu
mungkin akan berubah dari semasa
ke semasa kot mengikut perubahan iman selari
dengan usia.
Marah ni bagi saya ada beberapa peringkat.
1. Marah yang disertakan dgn bebelan. Marah jenis
ni tak ambik masa banyak. Kira lepas berhenti bebel
tu, kira perasaan marah tu ikut serta terhenti.
Ha...ni selalu sgt diaplikasi kpd adik-beradik n kawan2.
2. Marah yang boleh menyebabkan terus terdiam. Marah ni
agak berbahaya kerana sampai tak boleh nak kate ape. Cuma
makan hati sahaja. Marah ni kritikal sebab dia memberi impak
negative kepada punca kemarahan. Kes jenis ni pulak, biasanya
bile bende-bende yang terjadi berlaku diluar high positive expectation
yang telah tersemat baik dalam kepala.
Konklusinya, elakkan kemarahan kerana syaitan-syaitan akan bersorak
gembira bila kita rasa marah sebab lepas tu mula la nanti kita akan
konon- konon meluahkan perasaan tapi sebernarnya dah jatuh
mengumpat, mengata orang..haishh
sekian, terima kasih
hindarkan diri kami dari tipu daya syaiton.
8.1.1434
Friday, November 16, 2012
Wednesday, November 14, 2012
salam maal hijrah
Azam baru.
1. Nak jadi hamba yang taat.
2. Nak jadi anak yang solehah.
3. Nak jadi pelajar yang cemerlang.
4. Nak jadi kakak yang penyayang.
5. Nak jadi kawan yang baik.
6. Nak jadi
Sunday, November 4, 2012
Friday, October 26, 2012
Saturday, October 13, 2012
how to change perception
Pernah tak ko jumpa seseorang yang baru dikenali. First impression is very positive. Then, orang tu buat something yang negative pada pandangan ko. Sudah tentu first good impression tu berpusing kan? Paling tak pun 180 darjah. Dah tu, bile dia buat lagi sesuatu yang agak baik, ko dah tak yakim dengan niat baik dia dan anggap benda yang dia buat menjengkelkan...
Ohhh..macam mana la pandangan orang terhadap aku jika inilah pandangan aku terhadap orang.
Harus berfikiran positif selepas ini. Barulah hidup tanpa ragu-ragu dan diberkati kerana tidak bersangka buruk :-)
Sekian, selamat malam. Assalamualaikum
Kenyang makan steamboat n icecream tanpa had. Alhamdulillah.
Thursday, October 11, 2012
hampir 2 thn lebih kot
Sedar atau tidak. Most of 0f the entry i wrote about class, quiz, exam, abis exam, tak sabar nak balik. Jarang sangat tulis benda-benda ilmiah (ok la kan dari takde langsung).
Oohhh sangat la bosan. Ibarat tiada kehidupan. Nak kate gak la, bukan nak jadi doktor je takde life, nak jadi pharmacist pun lebih kurang sama ja...haha
Ooohh, jangan terpedaya dengan statement di atas. Nak tentukan kita berlife or not actually are depend to ourself. How we arrange and manage our time.
Haaahh... dah final year ni, i harus lah menggunakan masa secerdik mungkin supaya tak menyesal di kemudian hari. Seee.. mesti nk mention final. Nak wat cenggana, esok ada quiz dd, first quiz for this sem. It's quite late, however strive for the best.
Ceritera hari ini adalah, pergi hospital dan patah balik ke uia. Ohhh, sejarah kot. Mana pernah ada kes attachment tak jadi bile student dah sampai hospital. Memang ada hikmah, walaupun, punya la berdebar diri ini, sampai tak senang duduk melakukan persiapan malam tadi. Ikut hati nak bawa semua buku. Belek, mask beg, keluarkan balik. Perbuatan yang diulang berulang kali. Buku yang terlibat MIMS, BOH, BNF, DIPIRO
Even tak jadi attachment kat htaa, kitorang still belajar and clerk diri sendiri dan seorang patient berkaitan dengan peak flow and CO meter. Benda alah apakah ini? Cari sendiri...haha alhamdulillah i got normal reading walaupun CO meter tu macam salah teknik ja pakai. Dah try banyak kali, still tak berjaya. So, pasrah je la dengan very the good score..haha
Wish me luck for the quiz tomorrow!!
Sekian
Talhah 4, iium kuantan
(Ala2 penulis beribawa..ahaks)
Monday, October 8, 2012
ampunkan dosaku
syukur ada kawan yang perasan
kelmarin beli samsung tab 7.0
buat pertama kali beli barang berharga menggunakan duit jpa sepenuhnya. selama ni ayah yang tampung. di harap dengan adanya gadjet yang lebih baik ini dapat memberi manfaat..
Tuesday, October 2, 2012
jatuh cinta
Tahun depan tengok balik tajuk di atas mesti baca dalam keadaan teruja.hahaha
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan membaca buku tentang Muhammad Al-Fateh. Kalau korang baca mesti boleh jatuh cinta la dengan peribadi beliau. Untuk pengatahuan, Fateh ni lelaki kedua yang dapat membuat saya teruja, sebelum ini adalah Umar Abdul Aziz. Kiranya, selepas buku tentang Umar, buku pasal Fateh pulak yang berjaya dihabiskan. Cubaan untuk membaca kisah Halugu Khan tersangkut di tengah jalan dan masih lagi tersangkut sampai sekarang.
Eh, jangan salah faham pulak, kenapa tidak saya letakkan Nabi Muhammad ditempat pertama. Nabi Muhammad memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dengan sifat terpuji baginda. Mungkin selepas ini saya perlu membaca semula bibliografi baginda yang telah disusun dengan teratur. Sebab sebelum ini, kisah dan sejarahnya didedahkan secara sedikit-sedikit dengan berperingkat. Yelah dari darjah satu lagi dah belajar sirah Rasulullah.
Oh, berbalik cerita asal. Terdapat beberapa perkara yang boleh di ambil ikhtibar dari cerita kehidupan Muhammad Al-Fateh. Yang pertama, kagum dengan wasiat daripada nenek moyang Sultan Murad bapa kepada Muhammad Al-Fateh. Dalam wasiatnya beliau menyuruh supaya menjadi pemimpin yang baik, adil dan berlandaskan Islam. Kalau la zaman sekarang ni, mana ada orang bagi wasiat camtu siap dengan surat yang di tulis turun temurun. Zaman sekarang zaman gilakan harta. lagi satu yang bestnya, selapas berjaya menakhluk konstipatel
Beliau adalah beliau sendiri, muhammad al-fateh.....
waaaaa terasa sangt beliau ini seorang yang sangat hebat, mesti muka beliau bercahaya-cahaya. Lagipun Nabi Muhammad pernah berkata, konstitpatel (
Banyak sebenarnya kalau diikut antara Umar Abdul Azizi dengan Muhammad Al-Fateh ni. Pemimpin yang baik, beriman dan hidupnya 100% berlandaskan Islam. Namun, usia mereka tidak panjang dan keduanya meminggal akibat diracun..
Sekian..wassalam
Tuesday, September 11, 2012
final year first sem
macam tidak percaya juga ada
i merasakan diri ini masih belum cukup ilmu dikepala untuk menjadis seorang ahli farmasi pada tahun hadapan, lebih kurang 10 bulan sahaja lagi... ohhh nooo [kene start rajin baca perihal case n ubat-ubatan yang berkaitan]
setakat 2 hari kelas ni, alhamdulillah everyting run smoothly.
sem ni i bawa motor
nak kata menyesal pun ada tapi harap-harapnye tidak la.
menyesal sebab jalan nak keluar mahalah one way ja, baik jalan kaki pergi ke kelas..
ada roda beralasan, takde lagi la banyak alasan.
diharap dengan kehadiran roda, dapat memberi manfaat.
rajin ke library untuk membaca dan meminjam buku. insyaallah
semoga sem ini lebih cemerlang drpd sem lepas.. ameen
Saturday, September 8, 2012
cerita ifan
Thursday, June 21, 2012
result exam
Even they are not flying in color, their show my improvement little bit. Thank to Allah and mak ayah.
Thursday, May 17, 2012
cp presentation
Lesson today: don't believe to others..ha3
Pliz be responsible to what ever u have done and do the best.
Cooperation is very important and i don't understand with people that are too selfish in group work..ggrrr
Friday, May 11, 2012
Sunday, May 6, 2012
cara buat anak
gatal sangat dah ke?
ko ingat ko tu sape? Allah la yg tentukan sama ada, ad rezeki ke x, yg ko tunjuk macam hebat sangat tu pehal? erkk...saya saja nak tunjuk, bukan menunjuk okay!! sebenarnya, kadang-kadang manusia ni salah teknik. Kire macam usaha, tp usaha yg tak kene cara. Paham?? Memang la anak tu rezeki, Allah yg tentukan nak bagi ke tidak. Memang tak dapat dinafikan. Ish, tak roti la den nak explain.
Ini bukan lucah, ini belajar.
c/o - dah kawen setahun tp masih belum dpt anak
probably due - salah teknik, perempuan mandul, lelaki mandul or belum rezeki.
Most of the case due to wrong technique. Maksud teknik disini bukan la posisi ketika bersetubuh atau yang seangkatan dengannya. Ia berkait rapat dengan waktu kesuburan atau dlm scientificnya, ovarian cycle or uterine cycle. Kebiasaanya, jika persetubuhan dilakukan pada masa yang tepat dan sempurna, namun persenyawaan tidak berlaku dalam tempoh setahun perkahwinan. Nampak sangat la, pompuan atau lelaki tu bermasalah. Tapi, jika persetubuhan hanya dilakukan sebanyak 3x jerr setahun,
Macam mana nak tau masa tu tepat, sempurna, perfect, umppphhh??
Begini caranya..
- Tahukan, bila masanya anda didatangi haid. Bahasa omputih menstrual period. Menstrual period ni biasa datang dlm tujuh ari, kurang pun normal, lebih pun normal. Tetapi kalau lebih 14 ari tu, bkn haid namanya dan anda wajib solat. [jangan ngada2 nak lambatkan mandi wajib, berdosa!!]
- Dalam ovarian cycle ada follicular phase and luteal phase. Luteal phase tu ambik masa 14 hari. Antara follicular phase and luteal phase ada ovulation period. Dalam follicular phase ada menstrual phase dimana ia dibawah uterine cycle. Uterine cycle consist of menstrual, proliferal and secretory phase. Tarak paham???? aduyy
- Tahukah anda, ovum (perempuan py) boleh hidup aktif dalm tempoh 24jam sahaja manakala sperm (lelaki py) bertahan selama 3hari = 72jam.
- Oleh itu sebenarnya, sperm yang kene tunggu ovum keluar bukannya perigi yg cari timba.
- Angkat tangan, xpaham3.. Begini, maksudnya intercourse atau dlm bahasa melayunya persetuban harus berlaku sebelum ovulation day supaya sperm tu blh sempat terkedek2 naik fallopian tube tunggu ovum datang dan menebusinya. Macam mana nak tau??
Kira sendiri la, gelak jahat - Senang cite macam ni, andai kate haid anda jatuh 1hb dan cycle anda 30 ari,
klu 28 ari ke 38hari ke adjust sendiri yecycle disini dimaksudkan antara first day peot [lebih mesra pakai peot compare to haid or menstrual] dgn first day, second time py peot. So, yang hari ke-30 tu tolak dgn 14 (ovulation day) sma dgn 16kan? Oleh itu, klu anda baru nak terhegeh2 nak berintercourse time tu dgn tujuan nak dapat anak. Anda akan gagal!!! mgkin. Sepatutnya anda harus berinterourse 3 or 2 day before that day. Kire on the 14hb or klu btol2 nak anak 12, 13, 14, 15 tu sapu sume. Habat. Dan jika cycle anda 28 or 35hari, formula yg sma juga, dimana minuskan dgn 14day, tolak 2,3 hari sebab sperm boleh hidup lama. - Teknik ini juga boleh diapalikasi untuk tidak mendapatkan anak. Jimat duit, xyah beli oral contraceptive..he33 bagaimana?? mau ty lagi. Buat la ngam2 lepas mandi wajib dah tu agak2 b4 nak peot lagi. Sebab kalau awal, ovum xkuar lagi, sperm dah mati. Kalau hujung2 plak, banyak halangan even ovum dah ternanti2, sbb time secretory/luteal phase tu mucus yg jd lubricant dah thick.
- Sekian, selamat berusaha!! Jika tidak berjaya sila la ke berjumpa dgn pakar segera agar mendapat aanak sebelum tua atau disalahkan oleh mertua.
YA ALLAH permudahkan urusanku, dan akhirikannya dgn kejayaan
Wednesday, May 2, 2012
Monday, April 30, 2012
Thursday, April 26, 2012
maruah
ish, tak tau macam mana nak start
bende ni berlaku pada diri ak dan terjadi kat org lain gak (memang makan dalam wa ckp sama lu)
takde la nak cakap ak ni tak pernah melukakan hati orang
atau terjatuhkan maruah orang (klu ad, sbnrnya sy tak sengaja) maafkan saya
tp agak2 la klu nak marah, tengking wat memek depan orang lain
kalau ko tu lebih tua, boleh la juga diterima
ini sebaya kot, rakan sekelas
jaga la adab tu sikit, nampak sangat ko tu yg tak bermaruah, perangai buruk, sesuka ja nak wat camtu kat org lain, sedar la diri tu sikit!!!
betapa geram, marah, malunya aku, hanya Allah yang tahu
kpd sipolan, harap ko ubah la perangi ko tu
kpd sidia dan dia2, bersabar la
Ya Allah, hilangkan dendam itu, sy bukan jenis yg sebegitu.
Monday, April 23, 2012
rm40 untuk cek mata!!
c/o - Lower left eyelids bergerak2 seperti berdenyut, tidak dapat dirasa oleh jari atau dilihat oleh mata kasar. Hanya dirasai oleh bola mata.
test - segala test yang ada di JHC.
finding:
- power spek kiri over 50, kanan kurang 20. (hampeh py kedai GB, ni la klu konon nak murah beli kat kedai tempat kawan bekerja, ni first n last)
- mata kanan kering gler (xpasal2 beli systane lubricant eye drop, dia kate eye more tu kurang elok, rm16 okayy)
mahal kotttmata klu over kering, cornea boleh koyak. tu yg terus beli..nggeee - dahtu pasal accommodation, yg ni xbape nak paham, tp dia kate mata kurang fokus.
- pressure, lari gler, kire mcm ada problem la
- fundus - ok
conclusion - slagi mata tak sakit, gatal, kabur atau berdarah. Pergerakan bwh mata tu tak perlu nak risau sgt. Mungkin disebabkan stress. erkkk stress ke aku?
** rm15 (keta) + rm5 (minyak) + (register) rm5 + (lubricant) rm16 = rm41
toksah la berkira sangat untuk kesejahteraan mata anda..
harap2 mata masih sihat untuk 30tahun lagi (macam la panjang umurkan =])
Friday, April 20, 2012
syndrom kentut terbabas
Monday, April 16, 2012
Sunday, April 15, 2012
mak saya awesome !!!!
masuk bilik terus berdering lagi.. Aarumah. hoyeah
perasaan wlpn dah slalu tepon rumah, tp klu aarumah or aayah telefon sy akan lebih rase gumbira
mak rupanye yg call. dia punya rsau siap mintak no tepon kawan lagi, takut saya pengsan katenye
jauh sungguh pemikiran mak saya ini. insyaallah takde pape la..g toilet ja pung
sebab mak call: tanya keadaan, sedih knape, xpenahnye nk gembira klu dah kuiz huhu
cite pasal pokok manggis...yes!! akhirnya berbuah!!! i yang smgt gler suh tnm pokok itu. ade kot dah 10 thn..ni yang wat rase nak balik rumah~~
lag time b4 study aica lak
Ya Allah permudahkan lah urusanku, dan akhirikan lah ia dengan kebaikan
Saturday, April 14, 2012
gatal hati
Sejak 2, 3 menjak ni, hati tak berapa nak syok la atas beberapa perkara.
Kadang-kadang kite ni terus nak jump to conclusion that no body want to listen about our feeling. No one will understand even our mom or best friend. Think that dorg tak paham ape perasaan kite skang, sedih kite, kirenye xboleh nak bg suggestion or calm down la.
Dan yang paling tak senonoh skali, bile kite rase, alangkah indahnya kalau dah kawen.
Jadi, kesimpulannye di sini, buang la perasaan2 sedih tu sendiri. Kang cite kat org takut salah paham plak.
pe bende aku mengarut ni..huh
mak, sy sedih, aritu xbape nak boleh jawab kuiz, nak cite tp keadaan slalu tak mengizinkan. Tak sampai hati pun ada.
teruskan usaha najihah!!! Biar la orang nak kate ape pun. Buat je ape yang ko rase terbaik tok diri ko. Jangan buang masa.
Friday, April 13, 2012
testing.testing
Bersiaran secara lgsg dr klas counseling. Testing software baru dwnld.
Arini ad 2 kuiz..sedey.
I dunt know what happen to me!! Eveything are goes wrong
Friday, April 6, 2012
cuti baru-baru ini





Sunday, March 11, 2012
pergi gelap balik gelap
Friday, March 9, 2012
sayu sungguh sayu
Bila-bila masa sahaja, kehidupan boleh bertukar 360°. Yang normal boleh jadi abnormal, yang sihat boleh jadi kaku, yang cergas boleh jadi lemah, yang kaya boleh jadi miskin, yang cerdik boleh jadi tak berapa cerdik, yang cantik boleh jadi hodoh. Oleh itu, bersyukurlah... Pelihara amanah ini dgn penuh tanggungjawab!!
p/s- harap case presentation khamis depan berjalan lancar n tak kene hentam
esok g kg. kandis, bachok. Mutiara kawen. First time ni gi kelantan kah3
Wednesday, March 7, 2012
hari ini
Sunday, March 4, 2012
UPGRADE YOURSELF #2
- nak posa [skang kat klas econ rosak, alasan!]
- jogging [klas penuh, alasan lg!]
- nak swimming, sbb swimming hujun ptg [xde transport, ni bukan alasan, tp kenyataan]
- nak skip nasi [xboleh, glucose diperlukan]
- ambik breakfast [cane nk ambik, bgn lewat. LEPAS NI BANGUN AWAL]
- kurangkan nasi tgh ari
- malam xyah nak kosel2
Saturday, March 3, 2012
UPGRADE YOURSELF #1
- Untuk time balajar skang, impian yang boleh dikatekan realisable adalah peningkatan gpa untuk setiap sem. Insyaallah.. final cgpa is nearly to 3.0, sikitkan?? dush3..
- Berterusan mengulang kaji pelajaran..perggghhhh
- First salary, tahun depan insyaallah, nak belikan nenek gelang emas..hoyeah3
- Nak tolong ayah bayar kereta setiap bulan.
- Bagi duit kat mak ayah, biasa la kot kan..inysaallah
- Nak beli rak buku, oven, ha..ni memang angan2 setiap kali cuti semester
- Nak beli kereta, ayah tlg bayar down payment dlu yek, nnt saya ganti, kurang sikit bulan-bulan..[xsenonoh py anak]
- Get married!!!! Ya Allah semoga pasanganku nanti terdiri drpd orang-orang yang beragama dan soleh, selain drpd bergaya, berharta dan berkerjaya...kah3
- Nak buat rumah yang ad swiming pool, klu boleh nak sebelah rumah mak ja...=]
- Pergi haji!!! lepas to travel around the world with mak n ayah...yeayyy seronoknye
- Buka retail pharmacy, klu ad peluang buka kilang ubat!!!!









