Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Sunday, December 30, 2012

berakhir 2012 dengan dot.dot.dot

tajuk takde kaitan.

mak saya pesan:

"biar orang sayang kita, daripada kite yang terhegeh-hegeh, sayang kat dia boleh dipupuk, dibaja dan disemai" lepas tu jual..wooolllaaaa

"cari yang ada rupe, takdela nanti sakit dihati, sakit dimata" erkkk, klau disendiri pun tak semenggah gimana? takpe-takpe, percaya bahawa lelaki hensem suka pompuan tak bape cantik..wooohhhhhaaa


ehem2..final sedang bersiaran, sem ni 10 papers sahaja, kurang sikit dari sem lepas. Baru dosage design II yg dah selesai walaupun MCQ belum. Berbaki 9 papers. Semoga exam kali ni berjaya dengan cemerlang dan memberi kejayaan dan manfaat didunia dan akhirat. InshaaAllah..

Assalamualaikum
*xikut dah tarikh2 islam -[

Wednesday, December 12, 2012

12.12.2012

Nothing tu say.

Syok sendiri..haha klu bukan diri sndiri yg tgkap sape lg lerr yg nk ambik gmbo diri ini..kakahkah

Tuesday, December 11, 2012

belog

Sedar tak sedar, tp sedar la sebenarnya. Blog aku ni dijadikan sebagai medium untuk meluahkan ketidak puasan hati yang mana ianya tak patut diluahkan kepada bende hidup..haha
Konon nak kurangkan kutukan dan umpatan..cehh bajet kalau tulis tak mention nama tak dosa la kan kot..hahaha dibantai ada orang yang dikenali baca kompem tau sape yang dimaksudkan. Tapi saya yakin 120% hanya saya yang menulis dan saya juga lah pembacanya..walawala. kesiankan??

ermm..xperlu dikahsiani. Awak tahu tak, saya ni jenis yang tak boleh simpan perasaan, mahupun rahsia.hahaha sebab tu kadang-kadang saya rasa saya perlukan sesorg yang boleh memahami saya 150%, kiranya orang tu akan sentiasa menyokong saya. Paham bila dia diperlukan dan tahu bila dia patut takde. wah, jahat mulut, nak untung sorang.kahkahkah Maksud dia, memahami la.

Mungkin perasaan yang tak boleh dikongsikan dgn bende hidp ni muncul time tak duduk kat rumah. Kalau kat rumah mana sempat nak pikir bende-bende ni sume. Baik ngadap tv iye dok, klu stress pun. Tapi dok rumah mana stress. Stress pun sbb tak tau buat ape. Perasannye la, sejak duduk kat asrama masa form 4 dulu. Masa form 1 tak sempat nak rase sbb stay asrama tak sampai tiga hari.haha homesick tahap takleh nak cite, makan nangis, solat namgis, tido nangis, mandi namgis, gile cewek. Bersih mata. Dulu form 4, ada satu buku planner, dalam tu aku dok catat bende-bende tak puas hati, kebanyakkan berkisar hal pelajaran. Belajar dalam kelas yang ko rasa ko paling corot. Haruslah stress, tak pikir pasal orang. Masalah sendiri berlambak-lambak. Biologi dapat 47. BM dapat 60, kene kutuk ngn cikgu kat kelas lain. Math dapat highest =].. jarang la nak tak puas hati dgn org, ada tu ada, tp mostly xpuas hati dgn diri sendiri. yela xde kawan

Bila dah meningkat dewasa ni..ecececehhh jumpa ramai orang, kawan ramai orang classmate pun ramai, dulu kat sekolah 23 kepala ja, skang 104 kepala!! tentulah banyak ragam. Ko nak wat hal sendiri ape kes kan. Haruslah bermingle2. Camne nak wat keje ye dok, kan kerjasama itu penting. Oleh itu, byk la perangai yang telah ku temui. Aku pun bukan baik sangat. Mulut pun kadang2 xde break. Jadi untuk tidak terbabas terlalu jauh. Aku pun create blog dgn niat untuk berkongsi rasa. Malangnya, hanya rasa marah dan sedih je akan ku coretkan. Sebab bile rasa gembira, mana la ada hati nak ngadap laptop. Haruslah enjoy, tgk cite ke? borak ngn member ke. Gembira la katekan. Kalau sedih mana ad orang nak layan. Ko je feeling2 sedih orang lain tak dpt nak rasa so feel tu macam tak ngam so, cmne nak ckp, ishh kire tak rase la kawan tu..pikir sendiri lerr Jadinye, banyak la entri2 dlm belog aku ni yang emo-emo, yg terkutuk secara diam..hahaha

Ape kejadah aku taip sume ni???emo lateww.. yela mana tau 10 tahun lagi, kok iye panjang umur la kan. Dok godek-godek kehidupan lampau. Awat la aku dulu kejenye nak kutuk org je. Hidup kosong, zero. Penuh dgn dosa. Ha!! Ambik ko..eh, nonono hidup i colourful okay. Enjoy, happy, kawan-kawan sume baik-baik. Cume kalau happy takde masa nak tulis, sbb sdg bahagia dgn kehepian itu..hahaha kire ketidak puasan hati i ni sikit la juga selari dgn jumlah entri, Eh, sikit lagi. sbb tak sume entri tak puas hati..nggee =] Lagi satu, berdasarkan pemerhatian. Bile nak dekat-dekat final mesti bertambah catatan. konon stress lateww. Baca tak tembus2 kepala otak..holaa

sekian. esok kuiz dd. =] moga-moga boleh jawab. Nak rasa la juga poniter atas 3 kan??

Sunday, December 9, 2012

oversea, kawen

Bila kawan-kawan dok tweet pasal sambung belajar kat obersea , cite pasal kawen, pakwe, rase macam %$#@^*& sangat. Hola, that why before ni i didnt follow dorang sebab penuh home page i dengan cite dorg ja nnt. Tetapi apa kan daya konon nak jaga hati, takut nnt dorg terperasan klu i unfollow. Macam orang kesah sangatkan ko unfollowkan.hahaha..

eheheheemmm..patah balik cite asal. Tak ke rase macam riak, menunjuk-nunjuk. Heloooo, assalamualaikum, orang lain yang ada pakwe pun senyap ja..tp jarang la ada yang senyap skang. Kompem teriak punya la. Nampak macam jeles ke??? Hakikatnya tidak sama sekali..haha Mentang-mentang ko takde pakwe/tunang/laki, so ko tak berkenan orang lain dok cite pasal pakwe dorg. Oh, bukan itu niat ku. Disini inginku nasihatkan kepada diri sendiri, usahlah berbangga dengan ape yang kite ada dan secara tak langsung janganlah menunjuk-nunjuk. Nak riak pun dengn diri sendiri jela. 'oh, pakweku sangat suuuweettt', 'comel sangat2 anak mama'. Tak perlulah nak heboh sedunia...walaaaaweeeeiiiii

Point ke-kedua. Macam nak jawab long assay. Perihal academic. Yeyeyeye ak tak cemerlang. Konvo tahun depan pun mungkin tak berbintang [T-T]. Tapi akan ku usahakan. Sungguh pun suatu hari nnt kelak ko akan berjaya. Dok usah la anda mencanang-canang wlpn secara tersirat. Teringat masa sekolah dulu kat mussolla, ada sorg kawan tu kalau dia jadi imam, diakhir doa dia mesti ucap "jika dgn kejayaan itu menyebabkan ak jd riak, maka usah la engkau berikan kejayaan itu kpd diriku" lebih kurang gitu la ayat dia. walaaaaweiii tak perlu la ko nak cite plan ko lepas ni nak g obersea la ke sedunia, cukup la sekadar tulis kat board, tampal kat dinding, pandang ari-ari, bagitau mak ayah n family tentang impian ko tu.

errrkkk..harap-harap ini bukan dikatogerikan sebagai mengumpat. tp dah was-was ni, mcm mn???

esok kuiz pharmacoeconomic. Semoga berjaya. bintang-bintang


sekian.maaf, sekadar peringatan untuk diri sendiri. tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yg sedang tidur.


25.1.1434

Saturday, December 8, 2012

lagho

Yup. Itu lah perassan yang aku rasa sekarang ini. Leka dengan facebook, leka dengan hal orang, leka dengan dunia. Masa-masa yang terluang di isi dengan benda-benda yang tidak mendatangkan hasil. Sedangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dengan assignment, kuiz-kuiz, final exam yang tak sampai sebulan. OH!! tolong la sedar wahai diriku. Jangan ikutkan sangat perasaan.

Kita ni selalu sangat mudah terpengaruh. Sedangkan kita ni sebenarnya berbeza dengan orang lain.
Ingat, awak tu kene berusaha lebih banyak dari orang lain. HOla, mananya nak kejar ilmu-ilmu yang terlepas pandang di awal sem dulu.

Okay-okep. Mula bangun pagi esok aku harus:

  1. Kurangkan fb. Nak deactivate tak boleh, sebab sekarang fb jadi medium penybaran maklumat kelas dan group. HOLa banyak benar group assignment sem ni. Kalau ikut sem-sem lepas dah deactivate nak dekat-dekat final ni =[
  2. Buka blog yang biasa baca ja. kaseh. mikha. hapa. Nak jugakss blog..ngee
  3. Sehari at least 1 subject 2 note.
  4. Assignment tinggal grouping ja sume. So kalau buat awal-awal pun macam sakit hati ja, members lain buat last minutes. Tetapi i ni kalau tak siap kerja tak tenang study. Bajet sangatkan, tapi itulah hakikat oiii
  5. Kalau terjaga malam mesti tahajjud.
  6. Petang tido paling lama 1jam. 
  7. Doa lebih. Jangan laju ja tau.
  8. Dhuha. Dah tau banyak fadhilat tapi masih liat.
  9. Last but not least, paling lewat bangun jam 8 am OKAY!!! skang pun xde la lewat sangat, plg lewat pun nak dekat jam 10..waaaa
OH, saya ni memang jenis yang kene ada determination setiap hari, sebab kalu tak, tak jalan. Macam 2 malam ni, takdak hasil. Hampeh.
lepas ni kene tulis kat board pulaksss..ermmm

sekian.
24.1.1434