Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Saturday, December 8, 2012

lagho

Yup. Itu lah perassan yang aku rasa sekarang ini. Leka dengan facebook, leka dengan hal orang, leka dengan dunia. Masa-masa yang terluang di isi dengan benda-benda yang tidak mendatangkan hasil. Sedangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dengan assignment, kuiz-kuiz, final exam yang tak sampai sebulan. OH!! tolong la sedar wahai diriku. Jangan ikutkan sangat perasaan.

Kita ni selalu sangat mudah terpengaruh. Sedangkan kita ni sebenarnya berbeza dengan orang lain.
Ingat, awak tu kene berusaha lebih banyak dari orang lain. HOla, mananya nak kejar ilmu-ilmu yang terlepas pandang di awal sem dulu.

Okay-okep. Mula bangun pagi esok aku harus:

  1. Kurangkan fb. Nak deactivate tak boleh, sebab sekarang fb jadi medium penybaran maklumat kelas dan group. HOLa banyak benar group assignment sem ni. Kalau ikut sem-sem lepas dah deactivate nak dekat-dekat final ni =[
  2. Buka blog yang biasa baca ja. kaseh. mikha. hapa. Nak jugakss blog..ngee
  3. Sehari at least 1 subject 2 note.
  4. Assignment tinggal grouping ja sume. So kalau buat awal-awal pun macam sakit hati ja, members lain buat last minutes. Tetapi i ni kalau tak siap kerja tak tenang study. Bajet sangatkan, tapi itulah hakikat oiii
  5. Kalau terjaga malam mesti tahajjud.
  6. Petang tido paling lama 1jam. 
  7. Doa lebih. Jangan laju ja tau.
  8. Dhuha. Dah tau banyak fadhilat tapi masih liat.
  9. Last but not least, paling lewat bangun jam 8 am OKAY!!! skang pun xde la lewat sangat, plg lewat pun nak dekat jam 10..waaaa
OH, saya ni memang jenis yang kene ada determination setiap hari, sebab kalu tak, tak jalan. Macam 2 malam ni, takdak hasil. Hampeh.
lepas ni kene tulis kat board pulaksss..ermmm

sekian.
24.1.1434

No comments:

Post a Comment