Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Friday, October 26, 2012

raya haji 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

how to change perception

Pernah tak ko jumpa seseorang yang baru dikenali. First impression is very positive. Then, orang tu buat something yang negative pada pandangan ko. Sudah tentu first good impression tu berpusing kan? Paling tak pun 180 darjah. Dah tu, bile dia buat lagi sesuatu yang agak baik, ko dah tak yakim dengan niat baik dia dan anggap benda yang dia buat menjengkelkan...
Ohhh..macam mana la pandangan orang terhadap aku jika inilah pandangan aku terhadap orang.
Harus berfikiran positif selepas ini. Barulah hidup tanpa ragu-ragu dan diberkati kerana tidak bersangka buruk :-)

Sekian, selamat malam. Assalamualaikum
Kenyang makan steamboat n icecream tanpa had. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

hampir 2 thn lebih kot

Sedar atau tidak. Most of 0f the entry i wrote about class, quiz, exam, abis exam, tak sabar nak balik. Jarang sangat tulis benda-benda ilmiah (ok la kan dari takde langsung).
Oohhh sangat la bosan. Ibarat tiada kehidupan. Nak kate gak la, bukan nak jadi doktor je takde life, nak jadi pharmacist pun lebih kurang sama ja...haha
Ooohh, jangan terpedaya dengan statement di atas. Nak tentukan kita berlife or not actually are depend to ourself. How we arrange and manage our time.
Haaahh... dah final year ni, i harus lah menggunakan masa secerdik mungkin supaya tak menyesal di kemudian hari. Seee.. mesti nk mention final. Nak wat cenggana, esok ada quiz dd, first quiz for this sem. It's quite late, however strive for the best.
Ceritera hari ini adalah, pergi hospital dan patah balik ke uia. Ohhh, sejarah kot. Mana pernah ada kes attachment tak jadi bile student dah sampai hospital. Memang ada hikmah, walaupun, punya la berdebar diri ini, sampai tak senang duduk melakukan persiapan malam tadi. Ikut hati nak bawa semua buku. Belek, mask beg, keluarkan balik. Perbuatan yang diulang berulang kali. Buku yang terlibat MIMS, BOH, BNF, DIPIRO
Even tak jadi attachment kat htaa, kitorang still belajar and clerk diri sendiri dan seorang patient berkaitan dengan peak flow and CO meter. Benda alah apakah ini? Cari sendiri...haha alhamdulillah i got normal reading walaupun CO meter tu macam salah teknik ja pakai. Dah try banyak kali, still tak berjaya. So, pasrah je la dengan very the good score..haha

Wish me luck for the quiz tomorrow!!

Sekian
Talhah 4, iium kuantan
(Ala2 penulis beribawa..ahaks)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

akhirnya

Berjaya update blog by using tab... hoyeah2

Published with Blogger-droid v2.0.9

ampunkan dosaku

hari yang memalukan!@!@
syukur ada kawan yang perasan

kelmarin beli samsung tab 7.0
buat pertama kali beli barang berharga menggunakan duit jpa sepenuhnya. selama ni ayah yang tampung. di harap dengan adanya gadjet yang lebih baik ini dapat memberi manfaat..

Tuesday, October 2, 2012

jatuh cinta

ooohhhh tajuk
Tahun depan tengok balik tajuk di atas mesti baca dalam keadaan teruja.hahaha
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan membaca buku tentang Muhammad Al-Fateh. Kalau korang baca mesti boleh jatuh cinta la dengan peribadi beliau. Untuk pengatahuan, Fateh ni lelaki kedua yang dapat membuat saya teruja, sebelum ini adalah Umar Abdul Aziz. Kiranya, selepas buku tentang Umar, buku pasal Fateh pulak yang berjaya dihabiskan. Cubaan untuk membaca kisah Halugu Khan tersangkut di tengah jalan dan masih lagi tersangkut sampai sekarang.

Eh, jangan salah faham pulak, kenapa tidak saya letakkan Nabi Muhammad ditempat pertama. Nabi Muhammad memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dengan sifat terpuji baginda. Mungkin selepas ini saya perlu membaca semula bibliografi baginda yang telah disusun dengan teratur. Sebab sebelum ini, kisah dan sejarahnya didedahkan secara sedikit-sedikit dengan berperingkat. Yelah dari darjah satu lagi dah belajar sirah Rasulullah.

Oh, berbalik cerita asal. Terdapat beberapa perkara yang boleh di ambil ikhtibar dari cerita kehidupan Muhammad Al-Fateh. Yang pertama, kagum dengan wasiat daripada nenek moyang Sultan Murad bapa kepada Muhammad Al-Fateh. Dalam wasiatnya beliau menyuruh supaya menjadi pemimpin yang baik, adil dan berlandaskan Islam. Kalau la zaman sekarang ni, mana ada orang bagi wasiat camtu siap dengan surat yang di tulis turun temurun. Zaman sekarang zaman gilakan harta. lagi satu yang bestnya, selapas berjaya menakhluk konstipatel xtau eja betul tak, sebut xlps2. Muhammad Al-Fateh mencari orang yang layak jadi imam solat jumaat. Beliau, kumpulkan rakyatnya, lalu bertanya, sape yang pernah tinggal solat lima waktu, duduk. Takde sorang pun yang duduk. Ditanya lagi, sape yang tak pernah tinggal solat sunat ba'diah dan kabliah, duduk. Sebahagiannya duduk. Ditanya lagi sape yang tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak akil baligh duduk. Semuanya duduk, kecuali seorang....siapakah seorang itu??????





































Beliau adalah beliau sendiri, muhammad al-fateh.....
waaaaa terasa sangt beliau ini seorang yang sangat hebat, mesti muka beliau bercahaya-cahaya. Lagipun Nabi Muhammad pernah berkata, konstitpatel (mcm xbtl ja eja, janji ad bunyi) berjaya ditakhluki oleh seorang pemimpin yang baik, yang mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik. Sahabat-sahabat dan pemimpin sebelum ini pun banyak yang mencuba namun gagal. Ermmm.. yang bestnya lagi, adalah cara Muhammad Al-Fateh ni bertemu dan memilih isteri. Nak cerita selanjutnya, sila la baca sendiri...kalau dah lupa pun boleh baca lagi..

Banyak sebenarnya kalau diikut antara Umar Abdul Azizi dengan Muhammad Al-Fateh ni. Pemimpin yang baik, beriman dan hidupnya 100% berlandaskan Islam. Namun, usia mereka tidak panjang dan keduanya meminggal akibat diracun..

Sekian..wassalam