Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Saturday, November 24, 2012

kawen

salam 10 muharram 1434.

Walaupun pada ketika ini masih tiada calon dan masih mencari
tetapi pelbagai persoalan yang dah timbul dalam benak otak.

Bak kate kaunselor dulu peringkat umur awal 20an ni la peringkat
klimaks keinginan nak berumah tangga. Memang tidak disangkal
namun pengaruh rakan-rakan pun tidak kurang hebat. Skang ni
pun lebih 10 kengkawan yang dah kawen n nampak sweet sangat.

Bukan nak kate ape la kan, tapi kengkadang tu terpikir la juga tak
senang tau hidup sebagai seorang isteri. Dapat ku bayangkan
pagi kene bangun awal!!! masak, kemas, lipat baju, sidai kain, yang
tak tercapai dek akal ialah masak!! sebab skang ni pun kalau masak
takde sape nak makan..huhu sahih langsung tak berbakat n lauk tu
jadi sangat tak  sedap. Sampai sume orang tak  daya nak makan..haha
Kesimpulannya, hargai la ibu anda. Bagaimana la, balik kerja, urus anak,
urus rumah, urus laki. skang pun klu kelas penuh skit, blk bilik 
terbongkang, mcm kerja buruh ja gamakny. yang paling tak boleh bla, 
klu tak cukup tdo. qada tu harus double..haishh

Motif entri ini adalah pengurusan kewangan.

Macam mana kita ni, perempuan sang isteri nak manage duit bersama
kira gaji sang suami + isteri tapi tak nak nampak sangat yang isteri
ni mcm mata duitan.

Masa bila yang sesuai nak berbincang pasal future?
bile nak ada banglo sebiji, kereta sape yang nak bayar, kire aset-aset
yang nak digapai. kira plan masa depan. yela klu dah kawen or tunang
baru nak discuss tup tup tak sependapat, tak leh nak undo dah. klu before
bertunang macam tak over ke, takut kene reject plak aiihh nampak benor
keduniawiannya.. haha

ermmm..entah lerr, sekadar kemusykilan. Bagi saya pasal kewangan ini
sangat-sangat la penting. Sebab kerana duit ni la buat ramai orang tak
bahagia, makan hati, tergigit lidah bagai.

Sekian, wassalam
10.1.1434

No comments:

Post a Comment