Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Thursday, November 22, 2012

marah

yeyeye..
Perasaan marah ni memang tak baik
dari segi kesihatan mahu pun keperibadian
dan keimanan.
Marah ni dapat menubah sesorang daripada
orang yang sangat baik kepada makhluk
yang tidak dikenali.


Berbalik pada diri sendiri.
Pada usia ini, tahap kemarahan itu
mungkin akan berubah dari semasa
ke semasa kot mengikut perubahan iman selari
dengan usia.

Marah ni bagi saya ada beberapa peringkat.

1. Marah yang disertakan dgn bebelan. Marah jenis
     ni tak ambik masa banyak. Kira lepas berhenti bebel
     tu, kira perasaan marah tu ikut serta terhenti.
     Ha...ni selalu sgt  diaplikasi kpd adik-beradik n kawan2.

2. Marah yang boleh menyebabkan terus terdiam. Marah ni
     agak berbahaya kerana sampai tak boleh nak kate ape. Cuma
     makan hati sahaja. Marah ni kritikal sebab dia memberi impak
     negative kepada punca  kemarahan. Kes jenis ni pulak, biasanya
     bile bende-bende yang terjadi berlaku diluar high positive expectation
     yang telah tersemat baik dalam kepala.

Konklusinya, elakkan kemarahan kerana syaitan-syaitan akan bersorak
gembira bila kita rasa marah sebab lepas tu mula la nanti kita akan
konon- konon meluahkan perasaan tapi sebernarnya dah jatuh
mengumpat, mengata orang..haishh

sekian, terima kasih

hindarkan diri kami dari tipu daya syaiton.

8.1.1434

No comments:

Post a Comment