Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Tuesday, October 2, 2012

jatuh cinta

ooohhhh tajuk
Tahun depan tengok balik tajuk di atas mesti baca dalam keadaan teruja.hahaha
Alhamdulillah, berjaya menghabiskan membaca buku tentang Muhammad Al-Fateh. Kalau korang baca mesti boleh jatuh cinta la dengan peribadi beliau. Untuk pengatahuan, Fateh ni lelaki kedua yang dapat membuat saya teruja, sebelum ini adalah Umar Abdul Aziz. Kiranya, selepas buku tentang Umar, buku pasal Fateh pulak yang berjaya dihabiskan. Cubaan untuk membaca kisah Halugu Khan tersangkut di tengah jalan dan masih lagi tersangkut sampai sekarang.

Eh, jangan salah faham pulak, kenapa tidak saya letakkan Nabi Muhammad ditempat pertama. Nabi Muhammad memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dengan sifat terpuji baginda. Mungkin selepas ini saya perlu membaca semula bibliografi baginda yang telah disusun dengan teratur. Sebab sebelum ini, kisah dan sejarahnya didedahkan secara sedikit-sedikit dengan berperingkat. Yelah dari darjah satu lagi dah belajar sirah Rasulullah.

Oh, berbalik cerita asal. Terdapat beberapa perkara yang boleh di ambil ikhtibar dari cerita kehidupan Muhammad Al-Fateh. Yang pertama, kagum dengan wasiat daripada nenek moyang Sultan Murad bapa kepada Muhammad Al-Fateh. Dalam wasiatnya beliau menyuruh supaya menjadi pemimpin yang baik, adil dan berlandaskan Islam. Kalau la zaman sekarang ni, mana ada orang bagi wasiat camtu siap dengan surat yang di tulis turun temurun. Zaman sekarang zaman gilakan harta. lagi satu yang bestnya, selapas berjaya menakhluk konstipatel xtau eja betul tak, sebut xlps2. Muhammad Al-Fateh mencari orang yang layak jadi imam solat jumaat. Beliau, kumpulkan rakyatnya, lalu bertanya, sape yang pernah tinggal solat lima waktu, duduk. Takde sorang pun yang duduk. Ditanya lagi, sape yang tak pernah tinggal solat sunat ba'diah dan kabliah, duduk. Sebahagiannya duduk. Ditanya lagi sape yang tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak akil baligh duduk. Semuanya duduk, kecuali seorang....siapakah seorang itu??????





































Beliau adalah beliau sendiri, muhammad al-fateh.....
waaaaa terasa sangt beliau ini seorang yang sangat hebat, mesti muka beliau bercahaya-cahaya. Lagipun Nabi Muhammad pernah berkata, konstitpatel (mcm xbtl ja eja, janji ad bunyi) berjaya ditakhluki oleh seorang pemimpin yang baik, yang mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik. Sahabat-sahabat dan pemimpin sebelum ini pun banyak yang mencuba namun gagal. Ermmm.. yang bestnya lagi, adalah cara Muhammad Al-Fateh ni bertemu dan memilih isteri. Nak cerita selanjutnya, sila la baca sendiri...kalau dah lupa pun boleh baca lagi..

Banyak sebenarnya kalau diikut antara Umar Abdul Azizi dengan Muhammad Al-Fateh ni. Pemimpin yang baik, beriman dan hidupnya 100% berlandaskan Islam. Namun, usia mereka tidak panjang dan keduanya meminggal akibat diracun..

Sekian..wassalam

No comments:

Post a Comment