Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Thursday, April 29, 2010

::berjaya+gagal::

klu berjaya mesti bergagal, klu jaya mesti gagal..sengaja nk mengkucar-kacirkan bahasa...he99 tidak boleh ditiru ya!!!!

copy from http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

How to manage success?….bagaimana menguruskan kejayaan?

Satu persoalan yang jarang kita fikiran. Kejayaan memerlukan kemahiran tertentu untuk menguruskannya. Ramai remaja terperangkap dalam hal ini. Mereka belum cukup dewasa untuk melakukannya sendiri dan memerlukan bantuan ibubapa dan orang sekeliling agar tidak tersasar sehingga memusnahkan kehidupan.

Pujian2 orang sewaktu kita berjaya tidak membawa kemana2 sekiranya tidak disandarkan kepada Allah yang menganugerahkannya. Kutukan orang apabila kita gagal belum tentu menjadi pemusnah kepada segalanya2.

Hebatnya Allah, kedua2 kejayaan dan kegagalan yang dianugerahakan kepada manusia itu sifatnya adalah sementara dan ia ikut berpusing dalam roda kehidupan. Tiada kejyaan yang kekal dan tiada kegagalan yang kekal.

Berjaya atau gagal adalah hak mutlak Allah dan kita tidak boleh mendesak Allah untuk memberikannya kepada kita.

Kita selalu terlupa bahawa kejayaan itu mungkin saja rahmat atau semata2 ujian Allah. Menghadapi ujian kejayaan sebenarnya lebih sukar berbanding dengan ujian kegagalan. Sifat semulajadi manusia biasanya akan bersungguh2 mencari Allah ketika dalam kesusahan. Dalam kesusahan kita akan berdoa dan berdoa meminta padaNya sepanjang masa, sambil berdiri, sambil duduk malah semasa berbaring.

Tetapi semasa menerima kejayaan, syukur kita padaNya hanya seketika dan waktu2 yang selebihnya kita mengizinkan syaitan menyelubungi perasaan dengan riak dan takabur tanpa kita sedari.

Sewaktu kita dibuai riak itulah, iblis menokok tambah agar kita terus terjerumus ke lembah kesesatan.

Orang yang dianggap hebat oleh orang lain akan kerugian kerana ilmu dan pengajaran akan menjauhinya….kenapa? Kerana orang lain tidak berani menegur kesilapannya dan tidak mahu memberi pengajaran kerana statusnya sebagai orang hebat. Kerana perasaan hebatnya, apa yang dilakukannya seolah2 tidak ada penghalang. Mereka akan terus bersendirian tanpa dibimbing oleh orang yang lebih tahu.

Remaja yang tidak terbimbing akan tersasar dan berdepan dengan kehancuran dalam kehidupan seterusnya. Mereka gagal berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Yang lebih buruk lagi ialah apabila mereka gagal berkomunikasi dengan Allah . Mereka tidak tahu bagaimana mensyukuri kejayaan dengan sebaiknya2.

Sekiranya sifat itu dibawa sehingga dewasa, maka apabila menjadi ketua dia akan menjadi ketua yang tidak berhati perut. Apabila menjadi ibubapa mereka menjadi ibubapa yang kaku dengan anak2. Apabila hidup berjiran, mereka akan menyakiti hati jiran2. Semuanya kerana mereka gagal merasa perasaan dan degup jantung orang lain. Inilah yang sering dilakukan oleh eksekutif2 muda yang terlalu cepat berjaya.

Sewaktu berjaya cuba pastikan:

  1. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa semua itu adalah milik Allah yang boleh ditarik balik pada bila2 masa?
  2. Sudahkah kita melakukan kesyukuran yang sempurna pada Allah?
  3. Sudahkah kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, terutama ibubapa dengan cara mendoakan mereka?
  4. Sudahkah kita menutup pintu2 riak?
  5. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa disebalik setiap kejyaan itu ada amanah yang perlu dilaksanakan?
  6. Sudahkah kita merendahkan hati agar semua orang merasa selesa untuk menasihati kita?
  7. Sudahkah kita cuba membantu orang lain pula untuk berjaya?
  8. Sudahkah kita bertindak untuk meningkatkan ibadah padaNya?
  9. Sudahkah kita sedia untuk diuji dengan kegagalan pula selepas ini?
    Kalau sudah….. bermakna anda sudah bersedia untuk kejayaan demi kejyaan.

Menguruskan kegagalan?

Menguruskan kegagalan sudah tentu memerlukan kemahiran yang lebih tinggi lagi.

Remaja ertinya golongan yang kemampuan berfikirnya tentang kehidupan masih bertaraf fikiran kanak2 tetapi keinginannya sudah seperti orang dewasa. Baginya kegagalan adalah suatu yang memalukan dan menjatuhkan harga diri. Demi untuk memulihkan kembali harga diri, tanpa bimbingan yang sempurna, mereka akan melakukan apa saja agar dipandang hebat di mata rakan2 sebaya.

Bagi mereka apabila gagal dalam pelajaran, harga diri mereka sudah jatuh di mata keluarga dan tidak mungkin dipulihkan. Alang2 sudah dipandang rendah, biarlah orang tua terus kecewa asalkan rakan2 masih mengiktiraf mereka dengan kehebatan2 yang lain seperti menjadi penghisap rokok terhebat, gaya rambut terhebat atau seluar jeans terhebat walaupun dibeli dari kedai bundle. Lebih jauh dari itu mereka menjadi penghisap dadah terhebat dan mat rempit terhebat.

Siapa yang biasanya kita salahkan? Kita tidak mampu menghalang dunia hiburan yang menyesatkan kehidupan anak2 kita kerana ruang media yang tanpa batas ini. Namun usaha2 yang berterusan dengan memastikan anak2 tetap berkomunikasi dengan kita tanpa ragu2 harus dilakukan.

Apa yang akan berlaku pada kita 10 atau 20 tahun lagi sudah tidak penting. Tetapi apa yang akan berlaku pada anak2 kita 10 atau 20 tahun lagi itulah yang sebenarnya lebih penting.

Bantu anak2 menguruskan kejayaan mereka dan jangan biarkan mereka menguruskan sendiri apabila menghadapi kegagalan.

Kegagalan itu sebenarnya hanyalah kejayaan yang ditangguhkan buat sementara waktu.

Apabila kita gagal:

  1. Sudahkah kita memujuk hati supaya redha denganNya dengan cara yang sempurna?
  2. Sudahkah kita meyakini bahawa ini adalah hanya untuk sementara sebagai ujian Allah untuk kita meningkatkan usaha?
  3. Sudahkah kita mendapat bantuan dari orang yang lebih dewasa, berpengalaman dan berilmu untuk mendapat nasihat?
  4. Sudahkah kita membuat rangkakerja selanjutnya untuk bertindak?
  5. Sudahkah kita berusaha untuk menyelidikki punca kegagalan dan mengatasinya selepas ini?
  6. Sudahkah kita memohon maaf kepada orang2 yang pernah kita sakiti, terutama ibubapa?
  7. Sudahkah kita bersedia untuk meningkatkan ibadah?
  8. Sudahkah kita bersedia untuk diuji lagi?

Kalau sudah bermakna anda sudah sedia untuk berjaya.

Mulakanlah langkah menuju kejayaan dengan lafaz Bismilah dan hatilah2 supaya setiap langkah kita tidak menyakiti sesiapapun termasuk semut yang kecil.

Dengar dan sahutlah panggilan azan setiap 5 waktu kerana di dalamnya ada jemputan Allah untuk kita berjaya.

“Haiya ‘alal falah” …..marilah menuju kejayaan.

Azan dilaungkan dari rumah Allah yang mulia maka berjalanlah ke sana untuk mencari kejayaan apabila dipanggil tanpa berlengah2. Ia adalah panggilan Allah pemilik kejayaan yang kita inginkan itu.

Kejayaan yang sempurna ialah apabila usaha dilakukan penuh ikhlas dan meletakkan diri dalam genggaman Allah sepanjang masa.


::fanatik::

wa.....skang tiap2 ptg kol 6.30-7.30 confirm terpacak depan tv semata-mata nk tgk adamaya. Pandai Tuan pengarah reka cipta yg wat penonton jd emo. Tp ak tak, sbb dah tau akhir nnt adam mesti ngn maya.. Yela kan...tajuk pun adamaya bkn daniya...he99

Everyday, online n mesti bka blog si cucuratap...semata-mata nk baca ADVIDHAQ..jln cite adalah sgt2 best. Ayat2 dia leh wat ak gelak smpai makcik kantin sekolah dgr la..teruk tol...tp mmg best la..

p/s: teringan gak nk wat cite. Tapi wat ayat pn masih terabur n tonggang langgang. Mau nye ak sndiri tak paham...ngee~~

Wednesday, April 28, 2010

::kemalangan::

Pada hari rabu, 21 april 2010, lebih kurang jam 4.40pm. Kereta kancil yg lembut mcm tin susu dipandu oleh aku telah dilanggar dari belah kanan belakang dgn sebuah lri 10 tan penuh muatan [aku pggl lori hantu]. Kejadian ini berlaku kerana pemandu lori tersebut xmenyabo tu nk berebut jln ngn aku. Aduh, tau la ko beso, agak2 la wei..[lagak emo].


Pada awalnya, aku tak perasan pun kate kene langgo. Cuma time awl2 tu dgr bunyi enjin lori, clear gler.. Pas kene seret n berputar2, baru sedar, accident aku ni. Dalam hati, ya Allah, dah nk mati ak ni. camne nnt klu kne geles ngn tayar lori yg besar dabak tu. Masa tu dah jerit2, Ya ALLAH, Ya ALLAH. Then, pas kete tu hilang kawalan, kete putar2. Lastly langgar signboard belah kanan jalan.Nasib bek masa kejadian xde kete lalu. Klu tak, tak tau la pe jadi ngn aku. Pas kete berhenti, ak sempat lagi tukar gear jd P. Cermin tingkap dah pecah, nasib baik ad tinted klu x, mungkin kaca tu dah terpacak2 kat muka ni. Nak kuar, tp xleh buka pintu. Aku pn bergerak ke sebelah kiri dgn kadar segera. Takut kete terbakar. Time tu teringat kete arwah achik spin yg terbakar sbb langgar signboard.


Bila dah kuar tu, ada sorg pakcik ni datang. Tanya keadaan, ada luka tak, okey tak. Dia suh aku tarik nafas, rileks...Pastu dia suh aku ambik no plat lori yg langgo tu. Jauh kot nk berjalan ke depan. tmpt lori tu berhenti. Aku pun tanpa segan silu, suh pakcik yg lagi sorg yg ada kat situ, "pakcik leh tlg ambikan no plat lori tu x? sy xnmpk la.." malangnya pakcik tu xlayan...adui...ms tu dah xde parasaan dah. Aku xsng berdiri, aku pun berjalan g ambik plat no lori tu. Pastu aku ckp kat pakcik first td ngn sora sedih, "pakcik leh pinjam phone x??tepon sy dah tercampak tah mn tah" Dia pn dailkan no yg ak sebut. Cubaan kali pertama xdpt. Ayah gi masjid kot. Then tepon mak aku la. Off la plak. Tepon n tepon lagi, lastly dpt. Handset pakcik tu canggih kot. Bleuberry xslp. Punat halus2, sume huruf ada.


Tak lama kemudian, makcik aku yg kebetulan lalu lps abis keje ternmpk n singgah sebentar. Dia punya kabut, smpai ja, peluk aku. Aku pe lagi, meleleh la. Soklan bertubi-tubi dia tanya. Sume aku jwb ngn jwpn standard "entah", "tak tau" smbil lap air hidung..eee...Then, makcik aku suh amnik no phone dreba lori yg langgo, siap ngn nama penuh skali, nama company sume. lepas sesi soal jwb tu, dreba tu tarik ak n berbisik sesuatu "nnt report jgn sebut nm sy yek, lesen dah mati 3 ari" aku yg blur tu angguk ja..


Lambat gak tunggu ayah n mak smpai, makcik dah balik ofis semula kate tertinggal brg. Lepas ayah berdiscuss ngn cina yg angkut kete, kami pun pulang ke rumah. Sampai umah je, adik cakap "ko ni busuk la!!". Memang la busuk nenek oii..sume jenis peluh dah terkeluar..

Esoknye gi report polis [adui td dah type, hlg plak..cite len kli rrrr..]


p/s: klu ada lori sblh anda, sila beri laluan yek wlpn itu jln anda kerana mereka sgt gelojoh.

Make sure klu nk bli kereta o motor haruslah under 1 party bkn 3 party. Sila jgn simpan duit anda kerana hal yg remeh temeh ini, beza tak jauh pun. Semuanya untuk masa depan..


*dok fikir2 nk bli insurans...haish!!


::oh LeLaki::

Sejak akhir-akhir ni, byk dgr cite pasal lelaki hempeh...
Semalam, mak cite ada sepasang patients ni bergaduh kat klinik. Aduh, tak malu ke korang??? Hei lelaki, nape la korng ni tak sedo diri??? bajet bagus ka??? ko pikir klu ko pukul bini tu, tuhan sayang ka??? ko lupa ke pe yg ko janji masa nikah dlu??? penat ja tok kadi suh baca berulang kali smpai ko paham, wlpn ko hy pura-pura paham...

Semalam gak, ayah dpt panggilan yg buat dia tak lena tido. Seorg nenek dibelasah oleh atoknya, sehingga menjadi kes polis, lalu si nenek meminta cerai. Memandangkan pegawai polis yg handle kes itu adalah anak buah kpd si nenek. Si pegawai meminta si atok merujuk kembali, namun si nenek enggan. Mengapa agaknya??? Mungkin si nenek trauma..takut kenangan pahit mungkin berulang..Alasan yg mungkin org luar ajukan kpd si nenek.."rujuk la balik, xkesian ke kat anak-anak??", "mampukah nk jaga anak-anak dgn takde sumber pendapatan"...oh bagaimana penyelesaiannya???
Dulu ak tgk pasangan nenek n atok ni sgt bahagia. Sama padan, yg atok boleh la tahan hensemnya, segak dan bergaya manakala si nenek memang cun, putih dan berseri-seri. Harap problem korang cepat la selesai. Insaf-insaf la diri tu. Isteri bukan tempat untuk dijadikan bahan eksperimen.

Penderaan bukan sahaja di kategorikan sebagai penderaan fizikal shj, malah wujud juga penderaan emosi dan seksual. Jadi kita sebagai perempuan wajib la tahu pasal bende2 gini, supaya tidak di tindas oleh lelaki yg bergelar sang suami. Talian nur, klu xsilap yg boleh dihubungi 15999...

Bila cite pasal lelaki ni, timbul la plak cite pasal kawin...OOoo sgt menggerunkan la. Adik aku leh ty lak kat ayah. "camne nk kawin ni???xnk kawin la. takut nnt kne pukul" aku yg dengar ni leh gelak.he99.. Entah la, aku pn masih belum berpengalaman. Kalau ikut kate hati, mmg lelaki skang xboleh di percayai. Tu belum buka cite lagi pasal kesetian dan kejujuran...haish mcm2...

p/s: tp aku still percaya perempuan yg baik hy utk lelaki yg baik. Berhati-hati la dlm mencari pasangan..

Tuesday, April 27, 2010

::budak kecik::

pagi ni anto irfan thaqif as usual..lps dia masuk rmh pengasuh tu, dia terus tutup pintu, nmpk cam marah ja..he99
before ni, klu di hantar, xnk turun kete, penat la ak lari ke kiri, dia lari ke kanan, kadang2 nyorok kat bwh kerusi, xnk turun punya pasal...xbest agaknya dok umah org..tp nk wat camne akak xlarat nk jaga..he99

Saturday, April 24, 2010

hohoohooooi

dah lame tak update sejak cuti ni...
many things happen..

1. kene reject
2. berulang ke seremban wat attachment
3. result
4. accident
5. police report
7. lesen

sume bende happen in 1 week...still xde mood lg nk cite...nk wat report attcmnt pn tak semangat. hope next week will be better...

Thursday, April 15, 2010

::Lesen::

arini ak g kursus nk ambik lesen moto, tambah klas org kte.
Tok kursus ni ak kne bayo RM60. Mahal gler...bkn wat pe pun. Aku datang ko 12 tgh ari, daftar, kne bli kad merah RM30, nsb bek bw duit lbh. Kad merah yg lama tah mn2 ak letak. Masuk-masuk bilik kuliah je, dorg pasangkan video, video org putih bw moto, ak xdgr langsung, ms yg ad ak gunakan untk wat taik mata, berpeluh-peluh, panas, hidung plak tersumbat...haish..Bajet ad penceramah msk, tp rupanya xde..video tu bape kli ulanh pn ak xpasan. Dahtu dlm kol 1ptg, ad makcik msk kte time rehat..
Mn g duit ak tu???

Sesi amali start kol 2ptg, ak dtg lewat skit, gara-gara minah kat kaunter pndftran td. Aku nak mntk blk ic dia xbg, so camne nk blk, dibantai ad roadblock kt tgh jln, xke kopak ak..so ak pun tggu la..dlm kol 1.30pm ak ty mn surau. Dia kte ada kat blkang. Dua kli ak tawaf bangunan tu, xnmpk pn surau, yg ad tok lelaki tp tu pn kunci dan sgt2 kotor gler2..nmpk sgt la dorg sume tak solat [jahat gler ak berprasangka buruk]. Pastu ak mntk lg skali ic ak, minah tu xbg gak, kte nk wat sijil la konon. Akhirnya, ak nekad, kne saman pn saman la, ak nk cri masjid o surau gak. Start moto trs gi petronas yg dpn masjid Kanchong tu, solat situ. Bersih kot surau kat petronas tu. Pas tu g la blk kat pusat latihan tu.

Time amali, uncle cina tu ty, pe syarat2 nk berhenti, ak jwb xtau, tp dia kurang pndgrn, dia jwb sndiri.ha99...time amali amat bosan, ak dok msg kwn2. Pas dorg wat demo, ak org last skali try. Pastu balik.

On the way balik tu, tiba2 ad lori bunting berhenti tepi jalan [ala lori yg jln sambil bancuh simen tu]. Dia berhenti xpe, ak bg signal nk ke tengah, tiba2 pintu lori tu terbuka. Nyaris2 kpala ak tersangkut, nasib bek dpt elak. Klu tidak tak, tau la.

moral of the story...kursus jpj amat la membosankan. Klu nk buka pintu kete o lori o bas ke, tolong la toleh blakang dlu yek!!

sekian..ngee~~

Sunday, April 11, 2010

::manusia vs binatang::

aku sampai umah khamis malam...

Jumaat pagi tu aku dikejutkan oleh berita yg agak menyedihkan..
Ada berlakunya kes pembuangan bayi kat depan pintu umah. Mak dah bising, kucing pun dah pandai buang anak skang. Haish!!

Tengah hari tu, buat pertama kali aku dengar khutbah kat tv1 dgn khushuknya, siap take note lg tu. Sarah bising kte tulisan aku hodoh. Ha99..

Tajuk khutbah "Berilah peluang aku hidup"
Ianya berkisar tentang kes pembuanngan bayi. Punca, kesan, cara menangani dan sebagainya.
[lain kali la tulis, note tu tah mn ak letak, he99]


********

Malam ari jumaat tu Aqib tepon suh ambik kat sekolah. Sampai ja, aku ty dah ckp ngn warden lom, nk balik ni. Senamg je dia cakap "aku dah anto bdk td"..amboi sngnye, ni la budak lelaki, mentang-mentang senior ikut kepala dia ja nk wat pe. Tp adk ak ni ok la..fly2 pun balik umah..he99

********

Sabtu, aku pecah rekod lagi, tengok bola kedah vs negeri sembilan dr mula sampai habis. Aku klu bola yg cam MU, Arsenal tu mmg xtgk la, xknl, dah tu confuse, muka dorg sama ja wlpn sume berbeza..ngee~~

Keputusan kedah vs negeri sembilan, 1-1, negeri sembilan menang penalti. Yang aku suka tgk bola kali ni sebab pemain dia..ngee~~ gol keeper kedah dinobatkan penjaga gol terbaik..

*********

ak tulis merapu meraban kot...ngee~~ xkne ngan tjk..
mission benonye nk cite pasal khutbah tu..tp terlencong2...he99