Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Wednesday, April 28, 2010

::oh LeLaki::

Sejak akhir-akhir ni, byk dgr cite pasal lelaki hempeh...
Semalam, mak cite ada sepasang patients ni bergaduh kat klinik. Aduh, tak malu ke korang??? Hei lelaki, nape la korng ni tak sedo diri??? bajet bagus ka??? ko pikir klu ko pukul bini tu, tuhan sayang ka??? ko lupa ke pe yg ko janji masa nikah dlu??? penat ja tok kadi suh baca berulang kali smpai ko paham, wlpn ko hy pura-pura paham...

Semalam gak, ayah dpt panggilan yg buat dia tak lena tido. Seorg nenek dibelasah oleh atoknya, sehingga menjadi kes polis, lalu si nenek meminta cerai. Memandangkan pegawai polis yg handle kes itu adalah anak buah kpd si nenek. Si pegawai meminta si atok merujuk kembali, namun si nenek enggan. Mengapa agaknya??? Mungkin si nenek trauma..takut kenangan pahit mungkin berulang..Alasan yg mungkin org luar ajukan kpd si nenek.."rujuk la balik, xkesian ke kat anak-anak??", "mampukah nk jaga anak-anak dgn takde sumber pendapatan"...oh bagaimana penyelesaiannya???
Dulu ak tgk pasangan nenek n atok ni sgt bahagia. Sama padan, yg atok boleh la tahan hensemnya, segak dan bergaya manakala si nenek memang cun, putih dan berseri-seri. Harap problem korang cepat la selesai. Insaf-insaf la diri tu. Isteri bukan tempat untuk dijadikan bahan eksperimen.

Penderaan bukan sahaja di kategorikan sebagai penderaan fizikal shj, malah wujud juga penderaan emosi dan seksual. Jadi kita sebagai perempuan wajib la tahu pasal bende2 gini, supaya tidak di tindas oleh lelaki yg bergelar sang suami. Talian nur, klu xsilap yg boleh dihubungi 15999...

Bila cite pasal lelaki ni, timbul la plak cite pasal kawin...OOoo sgt menggerunkan la. Adik aku leh ty lak kat ayah. "camne nk kawin ni???xnk kawin la. takut nnt kne pukul" aku yg dengar ni leh gelak.he99.. Entah la, aku pn masih belum berpengalaman. Kalau ikut kate hati, mmg lelaki skang xboleh di percayai. Tu belum buka cite lagi pasal kesetian dan kejujuran...haish mcm2...

p/s: tp aku still percaya perempuan yg baik hy utk lelaki yg baik. Berhati-hati la dlm mencari pasangan..

No comments:

Post a Comment