Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Wednesday, April 28, 2010

::kemalangan::

Pada hari rabu, 21 april 2010, lebih kurang jam 4.40pm. Kereta kancil yg lembut mcm tin susu dipandu oleh aku telah dilanggar dari belah kanan belakang dgn sebuah lri 10 tan penuh muatan [aku pggl lori hantu]. Kejadian ini berlaku kerana pemandu lori tersebut xmenyabo tu nk berebut jln ngn aku. Aduh, tau la ko beso, agak2 la wei..[lagak emo].


Pada awalnya, aku tak perasan pun kate kene langgo. Cuma time awl2 tu dgr bunyi enjin lori, clear gler.. Pas kene seret n berputar2, baru sedar, accident aku ni. Dalam hati, ya Allah, dah nk mati ak ni. camne nnt klu kne geles ngn tayar lori yg besar dabak tu. Masa tu dah jerit2, Ya ALLAH, Ya ALLAH. Then, pas kete tu hilang kawalan, kete putar2. Lastly langgar signboard belah kanan jalan.Nasib bek masa kejadian xde kete lalu. Klu tak, tak tau la pe jadi ngn aku. Pas kete berhenti, ak sempat lagi tukar gear jd P. Cermin tingkap dah pecah, nasib baik ad tinted klu x, mungkin kaca tu dah terpacak2 kat muka ni. Nak kuar, tp xleh buka pintu. Aku pn bergerak ke sebelah kiri dgn kadar segera. Takut kete terbakar. Time tu teringat kete arwah achik spin yg terbakar sbb langgar signboard.


Bila dah kuar tu, ada sorg pakcik ni datang. Tanya keadaan, ada luka tak, okey tak. Dia suh aku tarik nafas, rileks...Pastu dia suh aku ambik no plat lori yg langgo tu. Jauh kot nk berjalan ke depan. tmpt lori tu berhenti. Aku pun tanpa segan silu, suh pakcik yg lagi sorg yg ada kat situ, "pakcik leh tlg ambikan no plat lori tu x? sy xnmpk la.." malangnya pakcik tu xlayan...adui...ms tu dah xde parasaan dah. Aku xsng berdiri, aku pun berjalan g ambik plat no lori tu. Pastu aku ckp kat pakcik first td ngn sora sedih, "pakcik leh pinjam phone x??tepon sy dah tercampak tah mn tah" Dia pn dailkan no yg ak sebut. Cubaan kali pertama xdpt. Ayah gi masjid kot. Then tepon mak aku la. Off la plak. Tepon n tepon lagi, lastly dpt. Handset pakcik tu canggih kot. Bleuberry xslp. Punat halus2, sume huruf ada.


Tak lama kemudian, makcik aku yg kebetulan lalu lps abis keje ternmpk n singgah sebentar. Dia punya kabut, smpai ja, peluk aku. Aku pe lagi, meleleh la. Soklan bertubi-tubi dia tanya. Sume aku jwb ngn jwpn standard "entah", "tak tau" smbil lap air hidung..eee...Then, makcik aku suh amnik no phone dreba lori yg langgo, siap ngn nama penuh skali, nama company sume. lepas sesi soal jwb tu, dreba tu tarik ak n berbisik sesuatu "nnt report jgn sebut nm sy yek, lesen dah mati 3 ari" aku yg blur tu angguk ja..


Lambat gak tunggu ayah n mak smpai, makcik dah balik ofis semula kate tertinggal brg. Lepas ayah berdiscuss ngn cina yg angkut kete, kami pun pulang ke rumah. Sampai umah je, adik cakap "ko ni busuk la!!". Memang la busuk nenek oii..sume jenis peluh dah terkeluar..

Esoknye gi report polis [adui td dah type, hlg plak..cite len kli rrrr..]


p/s: klu ada lori sblh anda, sila beri laluan yek wlpn itu jln anda kerana mereka sgt gelojoh.

Make sure klu nk bli kereta o motor haruslah under 1 party bkn 3 party. Sila jgn simpan duit anda kerana hal yg remeh temeh ini, beza tak jauh pun. Semuanya untuk masa depan..


*dok fikir2 nk bli insurans...haish!!


No comments:

Post a Comment