Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Sunday, March 14, 2010

-TeRsePit-

Selamat pagi kepada diri sendiri....
Apa khabar diriku???

Hari ini hari yg agak letih...kelas 10pg-5pm. Makan pun tak sempat. Ada open book test. Tapi sangat best sebab berkongsi jawapan. Dr H sangat sporting and phsyco. Klas terakhir besama beliau, UNGS2040.

Kembali kepada topik asal. Kisah tersepit pintu. Dulu ketika zaman kanak-kanak, aku n along slalu tersepit pintu kereta masa nk balik rumah dari kampung or ketika baru tiba di kampung masa nk tutup pintu. Kejadian ni sgt sinonim dengan aku n along. Tapi yg pelik kenapa sekarang, sgt jarang adik-adik aku tersepit pintu. Maksud tersepit pintu di sini bukan la, tersepit yg melekat terus tu tetapi tersepit time nk tutup pintu kereta dan secara automatiknya akan keluar satu bunyi yg nyaring. Bila diimbas kembali sangat kelakar. Macam mana la kan satu tangan pegang penarik pintu kereta, lagi satu tangan dengan lima jari berada di antara dalam dan luar kereta. Yang kebalnya, nasib baik tak putus jari. Mungkin kerana excited nak bye2 atok n nenek. Atau mungkin mamai bila dah sampai destinasi.

Serius aku rindu sama mereka. Kawan cakap bila kita teringat orang yang dah takde, dia ada datang melawat. Memang meremang la bulu roma, tapi yang sebaiknya sedekahkan al-Fatihah kepada mereka.

Cerita pasal alam selepas mati ni, mesti teringat Kak Munirah. Sem ni ak bertuah dapat sekempulan dengannya setiap kali ada lab. Cuma lab terakhir sem ni kitaorang terpisah. Dia sangat pandai bercerita dan suara pun sedap. Bila buka pasal bab akhirat, terasa betapa banyaknya dosa dah aku buat. Dan setiap kali tu, hati kecil berkata untuk mengurangkan dan seterusya tidak berbuat dosa lagi. Mampukah aku???

sekian...haish arini dpt belek 1 topik physical pharm ja. Banyak buang masa. Berubah la wahai najihah

No comments:

Post a Comment