Blog ini adalah ditujukan dan diluahkan kepada penulis blog itu sendiri, jika ada kengkawan yang bertanya akan kewujudannya, penulis lebih gemar untuk menjawab tiada. Oleh itu, kepada sesiapa yang tersinggah dan mungkin terbaca dan tidak memahami isi yang tersurat atau tersirat, harap maaf..=]
[kira macam sesi bercakap dengan diri sendiri]

Sunday, July 7, 2013

Hampir sebulan

Yup. Dekat sebulan dh habis belajar kat uia. Skang part time keje dgn capika, skop keje adalah kopek bawang, siang sayo, buat air, senduk lauk dan jadi dreba. Makan kenyang, minum cukup, gaji tak bape ummpp. Tapi redha ja la kan, dr tak buat ape2 (ayat sedapkan hati)
Tah kenape ngn tap ni, not enough memory ja, so nk tempek gambo pun tak boleh.

Wednesday, May 8, 2013

parti cap bunga matahari

Ahad lepas bersamaan 5 mei 2013, malaysia mengadakan pilihan raya untuk yg ke tiga belas kalinya. Parti dacing masih mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan.

nak start mengarut dan mencarut

Ak sebagai rakyat yang malas nak mengkaji dan menyelidik parti manakah yang terbaik, yang takde rasuah, yang islamik dan yang kebaboom itu haruslah sentiasa menjadi pemerhati dan pembaca status-status meroyan kawan-kawan yang terlalu obses dengan parti mata, roket dan bulan.

Pendapat aku yang tahap ibarat budak baru nak pandai baca ni la kan:

  1. Dulu kate kerajaan sengaja menggunakan duit rakyat sehingga mempunyai hutang bertrilion-trilion dengan alasan lepas pru tukar kerajaan, kerajaan baru yang akan tanggung/menyelesaikan masalah-masalah hutang tersebut. Tapi kenapa dacing still nak memerintah kalau diorang tau, mereka akan mengalami depression jika still memerintah.kenapa?? nak tambah hutang lagi?? biar lepas pru14, biar smpai kerak bumi terjual??
  2. Pasal mat-mat bangla dan indon yang dikatekan diseludup masuk. Kesasihan itu idok le ak ketahui, sbb so far kat tmpt ngundi ak wlpn i bkn la staff yg dibayar oleh spr untuk menjadi pemerhati, tp idok ler ak nampak mahluk asing itu. Ape yang ak tahu dan nampak, kat tempat register tu ada wakil-wakil setiap parti yang ditugaskan untuk memerhati jika ada punti or lanak yang dok terbang jadi pengundi hantu. Jadinye jika ada tentu-tentu la dapat dinyahkan. Kok iye dorg pakai ilmu hitam agak-agak la bukan sorang dua pemerhatinya kak oii..
  3. Pasal bag kertas undi yang dijumpai kat celah pokok, disorokan, didatangkan dari entah mana-mana celah. Fikir la wei, takkan la benggap sgt pegawai-pegawai spr tu. Math tadika kot. Klu ad 4 saluran 1 pusat, 1 saluran 2 peti. Kire berapa total peti ada?? simple!! klu lebih ape nak buat??klu kurang ape nak buat??hokk alooohhh dalam dewan kire undi tu bukan 2,3 orang kak oiii
  4. Masalah racist, perkauman ni. Aku rasa memang wujud berdasarkan trend keputusan undi. Orang cina mostly berusaha untuk tukar kerajaan. Bile kat tukar. Means dorg tak kesah pun nak undi sape even bangsa sendiri pun dorg tak undi klu org tu berpihak pd kerajaan (dacing).  Kire klu ada calon cina bn, calon pas melayu, dorg akan undi pas melayu juga. Sebab dorg nak ape yg mlyu dpt, dorg pun dapat. Dasar sama rata, dimana klu ad hak istimewa org melayu, mereka pun nak juga ada hak istimewa org cina. Ini berdasarkan pnglaman sekolah bersama budak cina yang sama2 cemerlang tp diorg susah nak dpt peluang.
  5. manifesto: letih sudah...byk oo nak tulis

Sehingga bertemu lagi.
Bebudak ni sume poyo, kate takde kepentingan cume nak menegakkan kebenaran..ceeitt
Klu kate anda nak menegakkan kebenaran. Tak perlu la nak mengutuk, menghentam,memacai orang. Banyak lagi pendekatan lain yg boleh dipakai. Kite orang islam, guna la cara islam. 
Aku yang rasa ak xde kepentingan, sebab tu ak diam..hahaha
BR1M pun xdpt, air pun still mencanak2 naik.

#nampak mcm ak backup dacing ke?? tak... ak cap matahari. percayalah hahaha

Tuesday, April 2, 2013

down to the earth

pernah tak korang terasa rendah diri? bukan merendah diri..
merendah diri tu sikap terpuji
tapi rendah diri ni, lain macam sikit
sebab kadang-kadang memakan diri

bila dah final sem ni
rasa macam sesuatu ja
rasa macam tak berkaliber
atau kate lain tak layak
untuk jadi seorang pharmacist
entah
rasa macam tak cukup ilmu
otak tak cecah level sepatutnya
kira macam
ada sesuatu yang mengatakan
u are not deserve to be like that
ko tu bukan pandai pun
ape yang ko baca, bukan ko paham pun
ape yang ko tulis pun, ko bukan tahu pun

sejak dua menjak ni
ak sering kali di attack dengan soalan yang sepatutnya
tapi, ak tak tahu jawapannya
nampak sangat cetek ilmu

punca dah tahu
tapi jalan pantas masih buntu
ape perlu aku buat??
untuk tahu semuanya, tepat pada masanya
argghhhhh...astaghfirullah

bangkit bangun mara!!!


Friday, March 8, 2013

pertama kali tulis seperti mana pertama kali masuk surau KOp untuk sem ini

Sem ini adalah sem terakhir untuk menggarap segulung ijazah. I adalah tidak sabar untuk habis belajar dan berkerja dan berduit dan berkereta. Walaupun hakikatnya ada rasa gementar gerun. Hal ini berkemungkinan disebabkan tidak cukup ilmu di dada. ohhh..bagaimana la nanti time kerja. Ketika ini pun bile attachment i adalah macam tikus, bila ditanya elok sopan ja menunduk, tidak lah berani mengangkat muka. Gua malu maaa.. Nak kate tak prepair tu idok le. Tapi soklan yang ditanya tu tak teringat walaupun dah baca before tu. Takpun memang tak teragak pun akan ditanya sebegitu. OHHhhh u.

Cerita terkini takde la ape yg menarik. Cuma di awal sem ni tersangat la banyak cuti. Ibaratnye tiga kali cuti sem. Minggu ke 4 baru rase macam hari pertama kuliah. Kesian sungguh, masa tak digunakan sebaiknya. Nak wat macam mana terlajak perahu boleh diundur, terlajak masa memang takleh nak ape. 21hb ni pula mak ayah siti dan fandi akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah. Semoga selamat pergi dan kembali. Oleh itu, i la yang akan menjaga sarah dan irfan untuk mid break nanti, tu pun tak sempat nak tunggu diorg balik.

Jadual kelas adalah tidak pack. Namun adalah bersepah. I is tak suka. Sesubjek pun skang 2jam. It is tak berapa nak bagus untuk pelajar seperti saya. Percent untuk fokus adalah sangat tipis. Dan yang tak bestnye juga, ada 2 subjek yang digabung dgn budar 3rd yr dan berlangsung di audi. Jauh nun slide tak nampak ape, klu nampak pun samar-samar. ermmm

sekian

#kalau kita menyampah dgn orang maknanya ada orang menyampah dengan kita. Menyampah pergi main jauh-jauh ye..

Saturday, January 12, 2013

mr. right

Where are you???? hahaha desperate enough?? kahkah
No la, just wondering when he will appear. Next month? Next week? or Next year. Please don't come to late baby. wahhhh geliiiii

First and foremost, keep repeating about the faith and Allah plan. urmm leceh speakiong ni.

Keduanya, lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. kenapa pakai kate ganda disitu, fikirkan...

Sejak beberapa tahun ni, i perasan yang i ni dah macam doktor cinta. ermmm kerjaya bermula selepas tamat SPM. Kes pertama, cinta yang berlandaskan cinta sexual harassment. Takut??? Itu lah hakikat. Kes kedua, cinta yang ditinggalkan. Kes ketiga, cinta bertopengkan keislamikan. Kes keempat, cinta rumah tangga. Lain orang lain kesahnya. Dah layak kah untuk dinobatkan sebagai doktor?? mungkin juga kaunselor??

Aahh..entah la, lelaki. Kadang-kadang pun pelik juga. Macam mana diorang-diorang ni boleh cerita kat saya, sedangkan saya tidak pernah bercinta. Baik dengan mana-mana lelaki jauh sekali. Kalau dah bercerita, haruslah kita sebagai telinga ni, bukan setakat dengar ja, selit-selit la juga nasihat-nasihat mana yang dirasakan perlu. Nak nasihat kene ada ilmu, paling tak pun general knowledge la. Takkan ko nak main belasah ja cakap. Haruslah meletakkan empathy. Kira berguna juga la i baca bahagian-bahagian bab masalah cinta, rumah tangga dalam paper dulu-dulu tu, skang jarang dah dapat baca.. Tah pe nama column tu. Dan ape yang boleh dikonklusikan dari cerita-cerita diorang ni, lelaki ni sebenarnya menakutkan. Hahaaha... Tak semestinya ko ada kekasih atau suami, ko selamat. Kira macam tiada jaminan. ohhh seramnye.

Sungguhpun begitu, saya masih menanti my Mr. Right. Mak kate dalam doa tu selain minta dapat lelaki yang beriman dan bertanggungjawab, minta juga lelaki yang hensem dan bujang. ngeee

Sekian. takde pengajaran.
Eh, ada-ada, klu nampak laki orang jangan mengata di mulut mahu pun mengutuk dalam hati. Takut nanti dapat yang lagi errkkk...